22 OKTOBER 2017
10.00 PAGI – 1.00 TENGAH HARI
Kelas tutorial powerpoint ini dihadiri oleh 11 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Pelajar diperkenalkan dengan asas Microsoft Powerpoint terlebih dahulu. Setiap ciri, fungsi dan kegunaan yang terdapat pada powerpoint dijelaskan mengikut modul yang disediakan. Kemudian pelajar diminta membuat latihan mengikut arahan yang diberi. Tugasan terakhir pelajar adalah untuk menyediakan satu tayangan slide yang lengkap dengan menggunakan semua perkara yang dipelajari sepanjang kelas berlangsung. Pemenang tayangan slide terbaik menerima hadiah misteri.
