28 OKTOBER 2017
10.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
Kelas ini memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan keburukan dan impak penyebaran maklumat palsu kepada individu, masyarakat dan negara. Kelas yang dihadiri lapan orang pelajar ini juga memperkenalkan pelajar dengan laman web sebenarnya.my di mana maklumat yang tidak pasti kebenarannya boleh dipastikan di laman web ini. Kelas ini juga mendedahkan para pelajar tentang etika dan tanggungjawab kita sebagai pengguna internet yang berhemah.
