Utama

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
- Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
- Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
- Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
- Penghidap penyakit sistem pernafasan.
- Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
- Gejala cuaca panas melampau adalah :
- Sakit kepala
- Keletihan
- Lemah tumpuan
- Pening
- Lemah otot–otot atau kekejangan
- Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma). Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
Anda Perlu :
- Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
- Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
- Hadkan aktiviti luar
- Kerap berehat
- Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar
Elakkan :
- Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
- Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
- Bersenam dalam cuaca panas
Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
- Keluar dari kawasan yang panas
- Tanggalkan pakaian yang ketat
- Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
- Gunakan kipas untuk sejukkan badan
- Minum air setiap 15 minit
- Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
#sumber asal : Cuaca Panas – Info Sihat | Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
KEUSAHAWANAN BERSAMA FIRMAX 3
Tarikh : 27 April 2019 Masa : 3.00 petang – 7.00 malam Lokasi : PI Batu Talam Pengunjung : 17 orang Tujuan Memberi pendedahan tentang produk FIRMAX 3 dan […]
MULTIMEDIA : MELAYARI YOUTUBE BERSAMA TABIKA KEMAS
Tarikh : 26 April 2019 Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari Lokasi : PI Batu Talam Pengunjung : 23 orang Tujuan Memberi pendedahan tentang cara membuka dan […]
E-LEARNING : ABCMOUSE.COM TUTORIAL
Tarikh : 19 April 2019 Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari Lokasi : PI Batu Talam Pengunjung : 22 orang Tujuan Memberi pendedahan tentang aplikasi pembelajaran atas […]
MULTIMEDIA : MELAYARI YOUTUBE BERSAMA PPDK CHEROH
Tarikh : 18 April 2019 Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari Lokasi : PI Batu Talam Pengunjung : 8 orang Tujuan Memberi pendedahan tentang cara membuka Youtube […]
E-LEARNING & ONLINE COLORING BERSAMA TABIKA KEMAS BATU TALAM
Tarikh : 12 April 2019 Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari Lokasi : PI Batu Talam Pengunjung : 19 orang Tujuan Memberi pendedahan tentang aplikasi pembelajaran atas […]
E-LEARNING & ONLINE COLORING BERSAMA PPDK CHEROH
Tarikh : 11 April 2019 Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari Lokasi : PI Batu Talam Pengunjung : 7 orang Tujuan Memberi pendedahan tentang aplikasi pembelajaran atas […]
PPDK CHEROH : PERMAINAN PENDIDIKAN ATAS TALIAN
Tarikh : 07 Mac 2019 Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari Lokasi : PI Batu Talam Pengunjung : 8 orang Tujuan Memberi pendedahan kepada pelatih PPDK Cheroh […]
MS PUBLISHER : REKACIPTA KAD NAMA
Tarikh : 31 Mac 2019 Masa : 4.00 petang – 6.00 petang Lokasi : PI Batu Talam Pengunjung : 2 orang Tujuan Menguji kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Publisher untuk […]


