Utama

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut  contohnya akibat strok haba. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.

    • Gejala cuaca panas melampau adalah :
      • Sakit kepala
      • Keletihan
      • Lemah tumpuan
      • Pening
      • Lemah otot–otot atau kekejangan
      • Mual dan muntah

    Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma). Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

    Anda Perlu :

    • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
    • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
    • Hadkan aktiviti luar
    • Kerap berehat
    • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
    • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
    • Pakai topi atau payung yang besar

    Elakkan :

    • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
    • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
    • Bersenam dalam cuaca panas

    Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat tip-tip di bawah;

    • Keluar dari kawasan yang panas
    • Tanggalkan pakaian yang ketat
    • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
    • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
    • Minum air setiap 15 minit
    • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

    #sumber asal : Cuaca Panas – Info Sihat | Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

    MYKOMUNITI : UCAPAN KREATIF UNTUK PERTABALAN & KEPUTERAAN YDPA

    20 August 2019 Laporan Aktiviti

    Tarikh :  27 Julai 2019  Masa :  4.00 petang – 5.00 petang   Lokasi :  PI Batu Talam  Pengunjung  :  7 orang   Tujuan Memberi latihan untuk mencipta ucapan kreatif sempena […]

    Baca lanjut →

    MENAIP ARTIKEL : PENIPUAN DI INTERNET

    Tarikh :  21 Julai 2019  Masa :  3.00 petang – 5.00 petang   Lokasi :  PI Batu Talam  Pengunjung  :  3 orang   Tujuan Memberi latihan menaip artikel berkaitan penipuan di […]

    Baca lanjut →

    MS EXCEL : CREATE TABLES & INSERT FORMULAS

    Tarikh :  20 Julai 2019  Masa :  3.00 petang – 5.00 petang   Lokasi :  PI Batu Talam  Pengunjung  :  4 orang   Tujuan Memberi pendedahan dan latihan menggunakan aplikasi Microsoft […]

    Baca lanjut →

    SEBRAN QUIZZES – ENGLISH WORDS

    19 August 2019 Laporan Aktiviti

    Tarikh :  14 Julai 2019  Masa :  11.00 pagi – 12.00 tengah hari   Lokasi :  PI Batu Talam  Pengunjung  :  5 orang   Tujuan Memberi pendedahan dan latihan bahasa Inggeris […]

    Baca lanjut →

    SEBRAN QUIZZES : MULTIPLICATION

    Tarikh :  14 Julai 2019  Masa :  10.00 pagi – 11.00 pagi   Lokasi :  PI Batu Talam  Pengunjung  :  3 orang   Tujuan Memberi pendedahan dan latihan Matematik (Pendaraban) secara […]

    Baca lanjut →

    ONLINE COLORING : FARM PAINT BERSAMA PPDK CHEROH

    Tarikh :  11 Julai 2019  Masa :  11.00 pagi – 12.00 tengah hari   Lokasi :  PI Batu Talam  Pengunjung  :  3 orang   Tujuan Memberi pendedahan dan latihan kepada pelatih […]

    Baca lanjut →

    E-LEARNING : TRANSPORT DOT TO DOT BERSAMA PPDK CHEROH

    Tarikh :  11 Julai 2019  Masa :  10.00 pagi – 11.00 pagi   Lokasi :  PI Batu Talam  Pengunjung  :  3 orang   Tujuan Memberi pendedahan dan latihan secara permainan interaktif […]

    Baca lanjut →

    SEBRAN QUIZZES : EASY MATHEMATICS BERSAMA PPDK CHEROH

    Tarikh :  08 Julai 2019  Masa :  11.00 pagi – 12.00 tengah hari   Lokasi :  PI Batu Talam  Pengunjung  :  4 orang   Tujuan Memberi pendedahan dan latihan Matematik secara […]

    Baca lanjut →

    SEBRAN QUIZZES – MEMORY GAME BERSAMA PPDK CHEROH

    Tarikh :  08 Julai 2019  Masa :  10.00 pagi – 11.00 pagi   Lokasi :  PI Batu Talam  Pengunjung  :  4 orang   Tujuan Memberi pendedahan dan latihan secara permainan interaktif […]

    Baca lanjut →

    Waktu Operasi

    Dibuka setiap hari

    Isnin - Ahad

    (kecuali cuti umum)


    9.00pg - 6.00ptg

    (Semenanjung Malaysia)

    8.00 pagi - 5.00 petang

    (Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

    Pendaftaran Ahli NADI

    Keahlian Percuma

    Keistimewaan:

    1.Keahlian seumur hidup

    2.Kelas percuma

    Caj & Perkhidmatan

    Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


    Terma Perkhidmatan:

    1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

    2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

    3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

    4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

     

    Perkhidmatan Lain:

    1. Mencetak (hitam/putih)

    • RM0.20 setiap muka surat
    • RM0.40 depan dan belakang

    2. Mencetak (berwarna)

    • RM0.50 setiap muka surat
    • RM1.00 depan dan belakang

    3. Perkhidmatan Fotokopi A4

    • RM0.20 setiap muka surat

    4. Perkhidmatan Laminasi A4

    • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
    • RM1.00 untuk saiz A4
    • RM2.00 untuk saiz A3

    5. Perkhidmatan Imbasan

    • Percuma 10 muka surat pertama
    • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya