Utama

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
- Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
- Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
- Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
- Penghidap penyakit sistem pernafasan.
- Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
- Gejala cuaca panas melampau adalah :
- Sakit kepala
- Keletihan
- Lemah tumpuan
- Pening
- Lemah otot–otot atau kekejangan
- Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma). Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
Anda Perlu :
- Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
- Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
- Hadkan aktiviti luar
- Kerap berehat
- Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar
Elakkan :
- Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
- Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
- Bersenam dalam cuaca panas
Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
- Keluar dari kawasan yang panas
- Tanggalkan pakaian yang ketat
- Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
- Gunakan kipas untuk sejukkan badan
- Minum air setiap 15 minit
- Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
#sumber asal : Cuaca Panas – Info Sihat | Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
E-KELAS (APRIL 2026)
1. ASAS VISUAL KOMUNIKASI 2. STRATEGI PEMASARAN DIGITAL 3. USAHAWAN MODULE 3 : AI Untuk Mencipta Kandungan
CYBERSECURITY (APRIL 2026)
1. CARA MENJAGA CCTV DAN WIFI DARI DIGODAM 2. BAGAIMANA AKAUN MEDIA SOSIAL ANDA BOLEH DIGODAM
LAPORAN AKTIVITI BULAN APRIL 2026
CYBERSECURITY 1. CARA MENJAGA CCTV DAN WIFI DARI DIGODAM Tarikh Masa Tempat Peserta Tujuan : 09 April 2026: 3.00 – 4.30 petang: NADI Batu Talam: 7 orang: […]
NADI x MAHIR (MEI 2026)
13 MEI 2026 – MAHIR MASAK PENGIRAAN KOS BAGI MENENTUKAN HARGA JUALAN PRODUK 21 MEI 2026 – PEMBUATAN BURGER RAKAMAN
CYBERSECURITY (MEI 2026)
7 MEI 2026 – BAGAIMANA AKAUN BANK ANDA DICURI TANPA SEDAR 21 MEI 2026 – ANCAMAN SIBER DI TEMPAT AWAM
TINY TECHIES (MEI 2026)
16 MEI 2026 – TINY TECHIES : ROBOTIK INNOVATION SIRI 2 16 MEI 2026 – TINY TECHIES : PYTHON IN ANIMATION SIRI 2
E-SUKAN (MEI 2026)
4 MEI 2026 – GROWTH MINDSET UNTUK PEMAIN ESUKAN 9 MEI 2026 – TEKANAN JANGKA PANJANG & CARA KEKAL KONSISTEN 16 MEI 2026 – KESELAMATAN AKAUN & DATA PEMAIN ESUKAN
PERKHIDMATAN E-POS @ NADI – JUN 2026
PERKHIDMATAN E-POS @ NADI ******************************** Kini lebih mudah di NADI dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad! Boleh berkunjung ke NADI untuk urusan pembayaran bil dan lain-lain. #NADI #NADIMCMC #pusatsebaranmaklumatnasional


