| Tarikh | : 31 Mac 2019 |
| Masa | : 9.30 pagi – 12.00 tengah hari |
| Lokasi | : PI Batu Talam |
| Pengunjung | : 2 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang aplikasi beli-belah atas talian iaitu Lazada dan Shopee.
Aktiviti
Pelajar mulanya diterangkan tentang apa itu pembelian atas talian atau Online Shopping. Seterusnya pelajar diperkenalkan dengan aplikasi Lazada dan Shopee, antara pusat beli-belah atas talian yang paling dikenali di Malaysia. Pelajar dijelaskan tentang cara-cara membuat transaksi pembelian di atas talian serta langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum membuat sesuatu pembelian. Pelajar ditunjukkan proses yang terlibat iaitu dari pendaftaran akaun hingga proses pembayaran.