Ramai yang masih keliru antara MyDigital ID dan MyNIISe, jadi ini penjelasan secara ringkas dan mudah.
MyNIISe ialah aplikasi imigresen digital untuk urusan keluar masuk negara di pintu sempadan terpilih.
MyDigital ID pula bukan aplikasi imigresen, ia hanya digunakan sebagai kaedah log masuk yang selamat ke dalam aplikasi MyNIISe untuk sahkan identiti anda.
Apa yang pengguna akan dapat:
Satu login sahaja untuk akses aplikasi
Tahap keselamatan lebih tinggi
Identiti lebih terjamin
Kurangkan risiko akaun palsu
Urusan jadi lebih cepat dan lancar
Yang paling penting, data peribadi anda tidak disimpan atau disalin dalam MyDigital ID. Ia hanya digunakan untuk tujuan pengesahan sahaja, bukan untuk simpan maklumat imigresen.
Peringatan juga untuk semua, mulai 15 Januari 2026, MyNIISe akan menggunakan MyDigital ID sebagai kaedah log masuk tunggal.
Selamat . Pantas . Mudah kan?
Pautan artikel di sini :
https://www.facebook.com/61554126496846/posts/122231530256137549/?rdid=8oNeBne9ylMTBn0i#





