| Tarikh | : 08 September 2018 |
| Masa | : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari |
| Lokasi | : Pusat Internet Batu Talam |
| Pengunjung | : 6 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh enam orang pelajar sekolah. Kelas ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang penggunaan aplikasi Microsoft Word untuk mencipta jadual waktu harian pelajar.
Aktiviti
Pelajar pada mulanya diberi penerangan dan pendedahan tentang kepentingan menguruskan waktu dengan bijak dan berguna. Kemudian pelajar ditunjukkan cara membuat jadual waktu harian pelajar untuk diisi dengan pelbagai aktiviti menarik dan berguna sebagai panduan harian mereka. Hasil kerja pelajar kemudian dicetak untuk dibawa balik ke rumah masing-masing.