| Tarikh | : 08 Mei 2018 |
| Masa | : 3.00 – 5.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Batu Talam |
| Pengunjung | : 2 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar dan memperkenalkan cara membuat folio kerja khusus mengikut standard yang ditetapkan.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta kelas tentang cara membuat kerja khusus mengikut format yang telah ditetapkan dengan menggunakan aplikasi Microsoft Word. Peserta diajar menetapkan format muka surat, saiz dan jenis font, perenggan dan jarak perenggan, memasukkan gambar, melaraskan gambar dan banyak lagi. Hasil kerja kemudiannya disimpan di dalam pendrive masing-masing.