| Tarikh | : 12 Mei 2018 |
| Masa | : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari |
| Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Batu Talam |
| Pengunjung | : 2 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar cara merekacipta kad ucapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Aktiviti
Para peserta diperkenalkan dengan aplikasi Ms Publisher dan dikehendaki merekacipta kad hari raya dengan menggunakan template yang terdapat pada Ms Publisher tersebut. Peserta juga perlukan kreativiti untuk menghias kad ucapan tersebut yang hasilnya akan dihantar ke telefon pintar masing-masing agar dapat dihantar kepada insan-insan tersayang.