mcmc
Keusahawanan

MIERAIERA COLLECTION

 

Beliau mula berkecimpung dalam bidang jahitan pakaian setelah dipaksa ibunya untuk mengikuti kursus jahitan di Giat MARA Raub selama setahun setengah. Setelah tamat kursus, beliau memulakan perniagaan menjahit pakaian dengan modal sendiri dan menerima bantuan dari pihak Giat MARA. Beliau memulakan perniagaan dengan bertapak di rumah sahaja.

Beliau bermula dengan mengambil tempahan dari saudara mara dan sahabat handai sebelum membuka tempahan kepada orang luar secara atas talian melalui WhatsApp, Facebook dan Instagram. Beliau lebih aktif menggunakan Instagram berbanding dua platform media sosial yang lain. Buat masa sekarang, Ira lebih tertumpu kepada tempahan baju pengantin yang kini tempahan sedang banyak diterima. Kini pelanggan beliau bukan hanya di kalangan orang kampung sahaja malah terdapat juga tempahan dari kampung-kampung lain di sekitar dan di luar kawasan.