mcmc
Laporan Aktiviti

MICROSOFT WORD & TYPING ZONE

 Tarikh :  22 Jun 2018 
 Masa :  03.00 petang – 05.00 petang
 Lokasi :  Pusat Internet 1Malaysia Batu Talam 
 Pengunjung  :  5 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah. Kelas ini bertujuan menguji kemahiran menaip pantas dan cekap para pelajar serta menguji kemahiran mereka menggunakan aplikasi Microsoft Word dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

Aktiviti

Para pelajar diberi review ringkas berkenaan aplikasi Microsoft Word yang telah dipelajari sebelum ini. Kemudian, para pelajar dikehendaki melakukan ujian menaip menggunakan aplikasi Typing Zone untuk menguji tahap kemahiran menaip secara pantas dan tepat yang dimiliki mereka. Mereka dikehendaki menaip artikel pendek yang diberi dalam tempoh yang ditetapkan, mengikut format yang diberi dengan meminimumkan sebaik mungkin kesalahan sewaktu menaip. Kemudian para pelajar dikehendaki menyelesaikan tugasan diberi menggunakan Microsoft Word dengan mengikut skema dan format yang disediakan.

Gambar di sini