MAHIR MASAK : MASAKAN WESTERN
| Tarikh Masa Tempat Peserta | : 08 April 2025 : 10.30 pagi – 12.30 tengah hari : NADI Batu Talam : 1 orang |
Tujuan :
Mempelajari cara memasak masakan western seperti blackpaper steak, mac ‘n’ cheese & chicken chop.
Aktiviti :
1. Peserta MAHIR Masak mempelajari cara menyediakan masakan western daripada tenaga pengajar yang juga merupakan chef professional.
WEBINAR E-SPORT : PENGURUSAN EMOSI
| Tarikh Masa Tempat Peserta | : 12 April 2025 : 11.00 pagi – 12.00 tengah hari : NADI Batu Talam : 4 orang |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan menguruskan emosi sebelum, semasa dan selepas menghadapi perlawanan.
Memberi pendedahan tentang kesan dan impak emosi yang tidak stabil kepada diri, pasukan dan perlawanan yang dihadapi.
Aktiviti :
1. Peserta diberi penerangan dan pendedahan tentang kepentingan menguruskan emosi dalam diri seseorang atlet dalam menghadapi perlawanan.
2. Peserta diberi pendedahan akan kesan dan impak emosi yang negatif dan tidak stabil kepada perlawanan, prestasi diri dan pasukan serta kepada orang di sekeliling kita.
3. Peserta diberitahu akan langkah dan proses yang perlu dilakukan bagi menstabilkan emosi dalam diri sendiri dan pasukan.
WEBINAR : LINDUNGI DATA PERIBADI (Safe)
| Tarikh Masa Tempat Peserta | : 19 April 2025 : 9.30 pagi – 11.00 : NADI Batu Talam : 7 orang |
Tujuan :
Mendengar taklimat berkaitan kepentingan dan langkah-langkah untuk melindungi data peribadi apabila menggunakan internet.
Aktiviti :
1. Peserta diberi penerangan tentang ancaman dan bahaya kecurian data peribadi serta impaknya kepada kita dan keluarga.
2. Peserta didedahkan dengan modus operandi dan kes-kes kecurian data peribadi yang pernah berlaku dan bagaimana ia dilakukan oleh pencuri data.
3. Peserta didedahkan tentang langkah keselamatan dan berjaga-jaga yang perlu diambil semasa menggunakan internet untuk mengelakkan kita dari menjadi mangsa kecurian data peribadi.
WEBINAR : PENIPUAN ATAS TALIAN (Shield)
| Tarikh Masa Tempat Peserta | : 19 April 2025 : 11.00 pagi – 12.30 : NADI Batu Talam : 3 orang |
Tujuan :
Mendengar taklimat berkaitan penipuan yang dilakuka secara atas talian.
Aktiviti :
1. Peserta diberi penerangan tentang penipuan yang dilakukan secara atas talian.
2. Peserta didedahkan dengan modus operandi dan kes-kes penipuan atas talian yang banyak berlaku di seluruh Malaysia malah di seluruh dunia.
3. Peserta didedahkan tentang langkah keselamatan dan berjaga-jaga yang perlu diambil jika menghadapi situasi yang melibatkan penipuan atas talian ini.