Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN : PUAN SITI NAQUIAH BINTI MOHAMED NAZRI

USAHAWAN MAKANAN : YELLOKABIN

Nama: SITI NAQUIAH BINTI MOHAMED NAZRI
Umur: 35 tahun
Ahli: 2024

Latar belakang

Pn. Naquiah mula membuka gerai makan YELLOKABIN pada hujung bulan Julai 2023. Beliau yang sebelumnya bekerja sebagai penyelia di sebuah pasar raya di Melaka mengambil keputusan berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk menemani ibunya selepas kematian adik lelakinya dalam satu kemalangan di kilang.
 
Setelah pulang ke kampung, ibu beliau mengajak beliau untuk berniaga kuih. Dari situlah tercetusnya idea membuka gerai YELLOKABIN ini. Beliau bermula dengan modal sendiri selain mendapatkan pinjaman melalui Amanah Ikhtiar dan Risda.
 
Pada awalnya YELLOKABIN hanya menjual cucur udang dan cendol. Selepas melihat sambutan warga tempatan, produk jualan mula bertambah dengan menjual kuih-muih, pasembor, roti canai dan nasi lemak hijau. Beliau juga menggaji seorang pekerja untuk membantu membuat kuih-muih untuk dijual.
 
Sebagai tambahan, beliau juga mengikuti kursus anjuran Risda dan mengikuti kelas keusahawanan di NADI Batu Talam. Dengan pendapatan awal sekitar RM1500 sebulan kini pendapatan bulanan beliau mencecah RM4000 sebulan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum belajar mengenai ICT, Pn.  Naquiah kurang pengetahuan dalam cara pengiklanan dan pemasaran serta pengurusan kewangan untuk perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menggunakan Facebook sebagai medium perniagaan dan belajar ICT, perniagaan Pn. Shafiyah semakin aktif dengan menggunakan platform media sosial Facebook, Instagram, Tiktok dan WhatsApp. Beliau mula membuka dan menerima tempahan dari orang ramai serta melakukan COD ke rumah pelanggan.
Selepas mengikuti kursus dan kelas-kelas keusahawanan di NADI, beliau dapat menggunakan platform media social dengan lebih efektif dalam meengiklankan perniagaan beliau. Pengurusan kewangan beliau juga lebih sistematik dan tersusun.