mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN : SITI SANISAH BT SANI

USAHAWAN KEK & ROTI – BATU TALAM BAKERY

Nama : SITI SANISAH BT SANI  
Umur : 33 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Beliau bermula setelah tamat belajar dari Kolej Masterskill dalam bidang pastri pada 2015. Beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah dengan meniaga roti, pastri, biskut dan kerepek. Bermula Jun 2020, beliau menyewa kedai JKKK Batu Talam dan membuka kedai dengan nama Batu Talam Bakery di mana pelbagai roti, pastri, biskut raya dan kerepek ada dijual.

Selain itu, beliau juga menerima tempahan kek, pastri dan biskut raya daripada orang persendirian, sekolah, pejabat dan banyak lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan dan melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau hanya mengambil tempahan dari komuniti sekitar sahaja dan membuat penghantaran ke rumah yang berhampiran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan aktiviti bersama Pusat Internet, skop pelanggan adalah lebih luas dan beliau mampu menerima jumlah tempahan yang lebih banyak dan dapat menyediakan pelbagai pilihan kek dan pastri untuk pilihan pelanggan. Beliau juga mempunyai sejumlah pelanggan tetap yang sering  membuat tempahan untuk majlis tertentu selain menerima tempahan biskut raya dan kerepek pada musim-musim perayaan.