PEMBUATAN HELMET REPAINT
| Nama | : SHAHRUN NAIM BIN RAMLAN |
| Umur | : 23 tahun |
| Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Saudara Shahrun Naim merupakan usahawan pembuatan helmet repaint jenama SHOEI & ARAI secara sepenuh masa.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya pelanggan En Shahrun Naim hanya sekitar kawasan raub sahaja dan dalam kalangan rakan-rakan terdekat sahaja. Jadi prospek pemasaran belum meluas ke luar raub. Pendapatan juga adalah terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui latihan yang diberikan oleh petugas kepada En.Shahrun Naim, prospek pasarannya bukan setakat kawasan Raub sahaja malahan telah menyeluruh ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Alhamdulillah pendapatan yang diperolehi diluar jangkaan dan melebihi apa yang di jangkakan. Beliau juga telah meluaskan pasaran helmet repaint melalui Facebook & Instagram.



