mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN : PN. SALIZA BT SALLEH

 

FALIZA HOMEMADE – PERNIAGAAN ANEKA KEK & KUIH-MUIH

Nama      : SALIZA BT SALLEH 

Umur      : 35 tahun

Ahli         : 2018


Latar Belakang 

Pn. Saliza merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa dan juga ibu kepada seorang anak. Beliau mula berjinak-jinak dalam pembuatan kek secara suka-suka dan mempelajarinya secara online melalui Youtube, Facebook dan blog-blog. Pada 2017, beliau mula serius menerima tempahan dari luar dan mula mempromosi dan membuka tempahan di media sosial.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Tempahan hanya dibuka kepada rakan terdekat dan keluarga terdekat sahaja. Jadi prospek tidak meluas hanya sekelompok sahaja.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas belajar di PI, prospek semakin meluas kerana beliau menggunakan FB Pages dan mempromosikan produk beliau secara online dan juga melalui group WhatsApp. Kini pasaran beliau mulai meluas ke seluruh daerah Raub. Beliau juga mempelajari teknik fotografi dan teknik pemasaran di PI untuk menaiktaraf promosi dan pengiklanan perniagaan beliau di FB.Selain itu beliau juga menggunakan khidmat petugas PI untuk membuat video berkaitan perniagaan beliau untuk dimuatnaik ke laman Youtube.