AISKRIM LEJEN NURUL
|
Nama : NURUL SHAEDAH BT JIPLIDIN Umur : 29 tahun Ahli : 2019 |
Latar Belakang
Beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang melakukan perniagaan dalam bentuk makanan iaitu pembuatan aiskrim lejen. Beliau memulakan perniagaan ini pada bulan 10 tahun 2018. Pada mulanya hanya sekadar suka-suka sahaja dengan membuat perisa biasa dengan menggunakan pati seperti anggur, strawberi, sarsi, sirap dan sebagainya. Kemudian semakin berkembang dengan menghantar ke sekolah dan juga mempunyai seorang agent di Jerantut.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum menggunakan dan melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau hanya sekadar menjual aiskrim berperisa biasa sahaja dengan menggunakan pati yang dijual di kedai-kedai. Ini kerana pada masa ini belum didedahkan dengan penggunaan facebook secara maksimum. Jualan pula hanya dilakukan sekitar kawasan perumahan Batu Talam sahaja. Pendapatan yang dapat pun sedikit sahaja sekitar RM800 sahaja setelah tolak modal.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Selepas melibatkan aktiviti bersama Pusat Internet alhamdulillah perniagaan beliau semakin berkembang dengan jayanya. Sebelum ni hanya perisa yang menggunakan kordial sahaja tetapi kini telah membuat pelbagai perisa hasil pembelajaran membuat aiskrim melalui online.
Melalui pembelajaran online beliau telah menyertai kumpulan aiskrim viral dan banyak resepi disediakan di situ. Perniagaan beliau berkembang dengan menjadi pembekal aiskrim di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah di Raub, Koperasi Felda Tersang 3 dan juga mempunyai seorang agent di Jerantut.
Beliau membekalkan setiap sekolah sebanyak 500 ke 1000 batang setiap minggu. Alhamdulillah pendapatan beliau sekarang setiap bulan secara purata meningkat kepada RM2000 ke RM2500 setelah tolak modal.Beliau juga sehingga kini masih menggunakan Pusat Internet sebagai sumber rujukan dan juga untuk membuat bahan kerja seperti printing.