mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN : PN. NOR ATIQAH BT MOHAMAD NOR AZMI

PRODUK KOSMETIK – EYKAMIA BEAUTY

Nama      : NOR ATIQAH BT MOHAMAD NOR AZMI  

Umur      : 26 tahun

Ahli         : 2015


Latar Belakang 

Beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan berminat untuk berniaga khususnya barangan kosmetik. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini pada 2015. Beliau bermula dengan menjadi dropshit produk kosmetik yang kemudiannya menjadi ejen dan seterusnya kini menjadi stokis.

Pada awalnya beliau berniaga di pasar malam selama 3 tahun sebelum dapat menyewa kedai sendiri. Beliau juga kini mempunyai 2 orang ejen yang menjual produk beliau di sekitar Bandar Raub dan secara online.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Sebelum menggunakan dan melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau hanya sekadar menjual di pasar malam dan kepada jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai sahaja.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas melibatkan aktiviti bersama Pusat Internet perniagaan beliau lebih meluas kerana mendapat tempahan secara online selepas membuat promosi dan pengiklanan di media elektronik seperti WhatsApp, Instagram dan Facebook.

Pelanggan beliau kini lebih meluas dan tidak terhad kepada komuniti setempat sahaja. Beliau juga menyertai grup peniaga di FB untuk pasaran yang lebih besar. Beliau juga sehingga kini masih menggunakan Pusat Internet sebagai sumber rujukan dan juga untuk membuat bahan kerja seperti printing. 

Selain itu, beliau juga berniaga makanan sebagai perniagaan sampingan. Antara menu jualan adalah seperti rojak ayam, popia carbonara dan banyak lagi.