mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN : PN. NOORHASYIMA BT A.HASHIM

USAHAWAN STUDIO KECANTIKAN & RAWATAN RAMBUT 

Nama : NOORHASYIMA BT A.HASHIM  
Umur : 42 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Beliau merupakan ibu kepada seorang anak perempuan dan merupakan seorang yang sangat aktif dan rajin mengikti kursus pelbagai kemahiran seperti membuat kek, menjahit dan kini menggunting rambut dan rawatan spa. Beliau mulanya berjinak-jinak dalam bidang pembuatan kek dan jahitan baju yang dikerjakan dari rumah dan pernah menerima  tempahan dari pelanggan dalam kedua-dua bidang tersebut. Kemudian beliau mengikuti kursus salon dan rawatan spa yang menyebabkan beliau akhirnya membuat keputusan untuk membuka kedai salon dan rawatan spa sendiri dengan nama CINTA AROHA SALON & SPA dengan menyewa bangunan kedai milik MPKK Kg Batu Talam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebarang urusan berkaitan pemasaran produk dilakukan melalui WhatsApp dan Facebook dengan sekadar memuat naik gambar dan butiran servis.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini promosi produk diiklankan dengan foto yang lebih menarik dan iklan yang lebih mengujakan. Teknik pemasaran dan promosi juga lebih menarik dan berkesan dan pengambilan pesanan juga lebih sistematik. Pasaran juga kini lebih meluas.