mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN : PN. FATIMAH BT AB RAZAK

APAM BALIK POPULAR

Nama      : FATIMAH BT AB RAZAK  

Umur      : 55 tahun

Ahli         : 2019


Latar Belakang 

Beliau bermula pada tahun 2012 di mana beliau belajar pembuatan apam balik daripada adik ipar suami yang juga merupakan peniaga apam balik popular di Pulau Pangkor. Dengan modal sendiri, beliau membeli dapur untuk membuat apam balik kecil dan besar.

Beliau mula berniaga di tapak pasar malam pekan Dong dan kemudian berkembang ke pasar Benta dan Lipis. Beliau meniaga di pasar Dong pada setiap hari Selasa manakala setiap petang Sabtu dan pagi Ahad pula di pasar Benta. Beliau berniaga di Lipis pada setiap hari Jumaat.

Selain berniaga di pasar malam, beliau juga menerima tempahan untuk majlis keraian dan perkahwinan yang diadakan di kawasan sekitar.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Sebelum menggunakan dan melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau hanya sekadar menjual di pasar malam dan menerima tempahan dari penduduk setempat.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas melibatkan aktiviti bersama Pusat Internet perniagaan beliau semakin berkembang maju. Kini beliau juga menerima tempahan dari pelanggan di luar kawasan setempat seperti dari sekitar Lipis dan Raub.

Perniagaan beliau juga semakin dikenali selepas promosi melalui Facebook di mana pelanggan mencari gerai jualan apam balik popular ini di pasar-pasar malam yang mereka bertapak. Beliau kini menjalankan perniagaan ini bersama suami dan anak-anak. Beliau juga menyertai grup FB, Puspanita Daerah Raub.