| Tarikh | : 29 September 2019 |
| Masa | : 10.00 pagi – 6.00 petang |
| Lokasi | : PI Batu Talam |
| Pengunjung | : 12 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan dan membuka peluang komuniti belajar cara membuat bunga sabun serta teknik gubahan.
Aktiviti
Kelas ini bertujuan memberi pendedahan dan membuka peluang kepada orang ramai yang ingin mempelajari kemahiran membuat bunga sabun serta teknik gubahan bunga sabun. Selain dapat mempelajari kemahiran ini sebagai hobi, ia juga dapat membuka peluang perniagaan buat mereka yang mahu berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan. Kelas ini mengajar peserta cara pembuatan bunga daripada sabun buku, proses-proses yang perlu dilakukan sehinggalah membentuk bunga. Kemudian peserta juga diajar cara membuat gubahan menggunakan bunga sabun yang telah dibentuk tadi. Kelas ini bukan sahaja disertai oleh para ibu dan suri rumah malah pelajar sekolah dan belia.