USAHAWAN PRODUK MAKANAN : ANEKA MASAKAN PANAS
| Nama | : NURUL ZULAIKHA BT EFENDI |
| Umur | : 34 tahun |
| Ahli | : 2023 |
Latar belakang
|
Pn. Ika mula berniaga pada bulan Disember 2018 sekadar sebagai hobi. Cik Wawan Katering bermula dengan menjual kuih-muih pada waktu petang dan kemudiannya berkembang dengan membuka pesanan untuk masakan panas dan COD pesanan. Cik Wawan Katering menerima pesanan bukan sahaja dari persendirian malah menerima tempahan untuk majlis keraian seperti sambutan hari jadi, majlis rasmi, mesyuarat rasmi, majlis perayaan serta majlis sekolah di sekitar Tersang, Batu Talam dan Cheroh. Cik Wawan Katering telah menghampiri tahun ke lima dan masih mampu bertahan hasil sambutan orang ramai. |
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
|
Sebelum belajar mengenai ICT, Pn. Ika kurang aktif di media sosial dan hanya berniaga secara langsung dari rumah. |
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
|
Selepas menggunakan Facebook sebagai medium perniagaan dan belajar ICT, perniagaan Cik Wawan Katering semakin aktif dengan menggunakan platform media sosial Facebook dan WhatsApp. Beliau mula membuka dan menerima tempahan dari orang ramai serta melakukan COD ke rumah pelanggan. |
Kini pendapatan beliau semakin maju dan mendapat banyak tempahan terutama dari pelanggan tempatan dan dari komuniti sekitar.








