USAHAWAN AISKRIM MALAYSIA (AISKRIM LEJEN NURUL)
| Nama | : NURUL SHAEDAH BT JIPLIDIN |
| Umur | : 30 tahun |
| Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Nurul Shaedah merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang melakukan perniagaan dalam bentuk makanan iaitu pembuatan aiskrim Malaysia. Beliau memulakan perniagaan ini pada bulan 10 tahun 2018. Kini beliau mula mempelbagaikan jenis aiskrim dan menambah pelbagai perisa baru.
Kemudian semakin berkembang dengan menghantar ke sekolah, kenduri-kendara, majlis keraian dan banyak lagi. Beliau juga mempunyai seorang ejen di Jerantut yang merupakan adik saudara suaminya.
Kini, selain menjual aiskrim Malaysia, beliau juga turut membuat dan menjual jeruk mangga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan dan melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau hanya sekadar menjual aiskrim berperisa biasa sahaja dengan menggunakan pati yang dijual di kedai-kedai. Ini kerana pada masa ini belum didedahkan dengan penggunaan facebook secara maksimum.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas melibatkan aktiviti bersama Pusat Internet, beliau kini sentiasa mengikuti kelas-kelas usahawan online di FB dan Youtube. Pelbagai idea baru dan resipi baru boleh didapati untuk dicuba dan diolah sendiri menyumbang kepada kepelbagaian jenis aiskrim dan perisa-perisa baru yang menarik.
Beliau juga sehingga kini masih menggunakan Pusat Internet sebagai sumber rujukan dan selalu menggunakan perkhidmatan cetakan warna di Pusat Internet untuk mencetak iklan, flyers, logo dan stickers baru untuk perniagaan beliau. Setiap kali bertambah menu baru, beliau akan mengolah dan memperbaiki senarai aiskrim yang dijual untuk diiklankan sama ada secara atas talian atau bukan atas talian.








