mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN : NOOR FAEZAH BT ISMAN

USAHAWAN KEK & ROTI – FAEZAHIMAH BAKERY

Nama : NOOR FAEZAH BT OSMAN  
Umur : 34 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Beliau bermula pada Oktober 2017 apabila beliau mengikut rakannya membuat demonstrasi pembuatan roti dan kek di Bentong. Bermula dari situ beliau terus berkecimpung dalam industry pembuatan kek dan roti ini dengan modal sebanyak RM600 hingga RM1000 yang didapati melalui pinjaman dari Amanah Ikhtiar Malaysia dan RISDA.

Kini beliau memulakan perniagaan bakeri dan menerima tempahan kek dan pastri untuk sambutan harijadi, majlis pertunangan, doa selamat, akad nikah serta tempahan untuk majlis di sekolah-sekolah dan pejabat. Pelanggannya terdiri daripada masyarakat sekitar malah ada yang datang dari luar kawasan semata-mata untuk menempah kek dan pastry buatan beliau.

Selain itu, beliau juga kerap dijemput menjadi tenaga pengajar untuk bengkel-bengkel dan kelas-kelas membuat kek yang diadakan di kampung dan kawasan sekitar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan dan melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau hanya mengambil tempahan dari komuniti sekitar sahaja dan membuat penghantaran ke rumah berhampiran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan aktiviti bersama Pusat Internet, skop pelanggan adalah lebih luas dan beliau mampu menerima jumlah tempahan yang lebih banyak dan dapat menyediakan pelbagai pilihan kek dan pastri untuk pilihan pelanggan. Selain itu, jarak penghantaran tempahan juga kini lebih jauh dan beliau mempunyai sejumlah pelanggan tetap yang sering  membuat tempahan untuk majlis tertentu.