USAHAWAN MAKANAN TAMBAHAN KESIHATAN & KECANTIKAN EXTRA SKIN WHITE (ESW)
| Nama | : MOHAMAD KAMARUL BIN IBRAHIM |
| Umur | : 28 tahun |
| Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Kamarul bermula dengan mencuba dan menggunakan produk ESW sendiri sebagai iktiar mengurangkan jerawat dan parut hitam di muka setelah diperkenalkan oleh rakannya. Setelah menggunakan ESW selama lebih kurang dua bulan, dia dapat melihat perubahan ketara pada kulit wajah. Setelah berunding dengan rakannya, dia berminat untuk mendaftarkan diri sebagai ejen jualan dan bermula sebagai Junior Agent dengan modal sebanyak RM300.
Setelah hampir dua tahun berkecimpung dalam bidang jualan ESW ini, kini Kamarul sudah menjadi Leader ESW Pahang dan telah merekrut dan melatih ramai ejen baru di bawah seliaannya. Kamarul juga sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti di PIK dan mengikuti kelas dan kursus yang dianjurkan di PIK.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan dan melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau hanya mengambil tempahan dari kenalan-kenalan, jiran-jiran, saudara-mara dan sahabat handai.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas melibatkan aktiviti bersama Pusat Internet, skop pelanggan adalah lebih luas dan beliau kini menggunakan platform maya seperti Instagram, Facebook, WhatsApp dan Wechat untuk mengambil tempahan dari seluruh Malaysia.








