USAHAWAN PERKHIDMATAN DOBI ANA
| Nama | : FAUZANA BT ZAINAL ABIDIN |
| Umur | : 36 tahun |
| Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Beliau mula membuka perkhidmatan dobi pada Januari 2020 dengan membina bangunan kedai di laman hadapan rumah menggunakan modal sendiri. Kedai Dobi Ana menyediakan perkhidmatan dobi cucian kering & basah, cucian karpet & toto serta khidmat menggosok dan melipat pakaian.
Pada mula perniagaan beliau hanya menyediakan khidmat dobi cucian kering & basah, cucian toto dan khidmat menggosok & melipat pakaian dahulu. Bermula lewat Ogos 2020 barulah perkhidmatan cucian karpet dibuka iaitu selepas kelengkapan untuk cucian karpet lengkap.
Dengan modal awal sebanyak Rm 13,000 hingga kini mencapai hampir Rm50,000 sebagai modal mesin dan peralatan dobi serta kelengkapan kedai, Kedai Dobi Ana yang merupakan satu-satunya kedai dobi di Batu Talam kini menerima jumlah pelanggan yang banyak bukan sahaja dari penduduk setempat malah dari penduduk sekitar Batu Talam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan dan melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau menghadapi kesukaran mendapatkan capaian Internet untuk urusan pengurusan kedai, pembekal dan banyak lagi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas melibatkan aktiviti bersama Pusat Internet, kerja-kerja pengurusan kedai lebih teratur dan sistematik. Pengurusan data dan inventori lebih tersusun dan mudah di akses. Urusan emel dan urusan-urusan lain secara atas talian juga menjadi lebih mudah.





