USAHAWAN CENDAWAN TIRAM
| Nama | : NURUL JANNAH BT SHAHAROM |
| Umur | : 23 tahun |
| Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Beliau merupakan seorang pelajar lepasan IPT yang mula melakukan perniagaan dalam bentuk pertanian iaitu penanaman cendawan tiram. Perusahaan ini dilakukan di rumah dengan menyediakan rumah cendawan di dalam kawasan laman rumah beliau. Perusahaan ini juga dilakukan bersama ahli keluarga yang lain menjadikan perusahaan ini sebagai perusahaan keluarga. Beliau memulakan perniagaan ini pada bulan 2 tahun 2018. Pada mulanya hanya sekadar suka-suka sahaja dan buat untuk diri sendiri, kawan rapat dan jiran tetangga untuk mengisi masa lapang. Kini perusahaan semakin berkembang dengan menghantar bekalan cendawan segar ke kedai-kedai dan pasar borong.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan dan melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau hanya sekadar menjual dalam kalangan rakan-rakan dan jiran tetangga sahaja. Jualan pula hanya dilakukan sekitar kawasan perumahan Batu Talam sahaja. Pendapatan yang dapat pun sedikit sahaja kerana hanya menjual dalam kelompok yang kecil.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas melibatkan aktiviti bersama Pusat Internet alhamdulillah perniagaan beliau semakin berkembang dengan jayanya. Sebelum ni hanya dalam kalangan rakan-rakan. Kini beliau boleh memasarkan cendawan tiram ke luar dari Batu Talam seperti di bandar dan juga pasar malam. Melalui pembelajaran online beliau telah menyertai kumpulan GENG CENDAWAN TIRAM MALAYSIA. Dalam kumpulan ini beliau banyak belajar ilmu dan resepi cendawan yang terbaru dan menarik. Perniagaan beliau berkembang dengan menjadi pembekal kepada perniaga borong dan juga pasar-pasar pagi. Beliau juga sehingga kini masih menggunakan Pusat Internet sebagai sumber rujukan dan juga untuk membuat bahan kerja seperti untuk cetakan dan fotostat.








