KEMUDAHAN ASAS
Masjid Kg. Batu Talam
Masjid Kg. Batu Talam ini terletak di dalam Kampung Batu Talam dan merupakan masjid utama yang digunakan oleh penduduk Kampung Batu Talam ini untuk aktiviti keagamaan seperti kursus agama, ceramah agama, kenduri-kendara dan solat jemaah.
Fungsi :
-
-
- Tempat solat berjemaah
- Solat Jumaat
- Mengadakan majlis- majlis ilmu
- Bacaan Yasin
-
Senarai Nama Imam, Bilal Dan Siak Masjid Kg. Batu Talam
|
BIL |
NAMA |
JAWATAN |
|
1 |
Jehor bin Yeop |
Imam & Pengerusi Masjid |
|
2 |
Mat Amin bin Mat Piah |
Imam |
|
3 |
Haji Jamal bin Lumbor |
Bilal |
|
4 |
Ahmad bin Noh |
Bilal |
|
5 |
Ahmad Nazi bin Ahmad |
Siak |
|
6 |
Ibrahim bin Ramli |
Siak |
Kemudahan Asas :
-
-
- Tandas
- Stor Peralatan
- Dewan Makan
- Ruang Memasak
-
Dewan Terbuka Batu Talam
Dewan ini terletak di dalam kawasan Kg. Batu Talam dan merupakan tempat di mana penduduk menggunakan dewan ini sebagai tempat menjalankan aktiviti- aktiviti dan sebarang perjumpaan yang dilakukan oleh penduduk kampung setempat seperti majlis rasmi, majlis jamuan makan dan juga aktiviti sukan seperti badminton dan sepak takraw.
Kegunaan/Fungsi :
-
-
- Majlis Rasmi
- Jamuan Makan
- Aktiviti Sukan
-
Kemudahan Asas :
- Tandas
- Gelanggang Badminton
Padang Bola Awam
Padang bola awam Kg. Batu Talam ini terletak di belakang Balai Penghulu Kg. Batu Talam. Padang ini sering digunakan untuk aktiviti- aktiviti yang dilakukan oleh JKKR, Belia dan Wanita. Aktiviti- aktiviti yang dilakukan seperti sukan tahunan, bola sepak, bola jaring dan sebagainya. Padang ini juga digunakan sebagai padang tambahan bagi sebarang kejohanan sukan sekolah atau awam di Kg. Batu Talam.
Surau SPKA Batu Talam
Surau ini terletak di dalam kawasan SPKA Batu Talam. Surau ini menjadi pusat penting bagi kegiatan keagamaan seperti kelas mengaji, kursus-kursus agama dan aktiviti keagamaan seperti solat jemaah dan ceramah agama selain aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri-kendara dan majlis masak-memasak.
Kemudahan Asas :
- Tandas
- Stor Peralatan
- Ruang Memasak