| Tarikh | : 03 September 2018 |
| Masa | : 3.00 petang – 5.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Internet Batu Talam |
| Pengunjung | : 6 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh enam orang pelajar sekolah. Kelas ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan keselamatan semasa menggunakan aplkasi di atas talian serta memberi tunjuk ajar membuka akaun Facebook dan emel kepada pelajar.
Aktiviti
Pelajar pada mulanya diberi penerangan dan pendedahan tentang keselamatan semasa melayari internet. Seterusnya pelajar diberi pendedahan berkaitan emel, kegunaan, kepentingan dan juga keselamatan semasa menggunakan emel. Kemudian pelajar diberi tunjuk ajar untuk membuka akaun emel persendirian dan akaun Facebook. Pelajar juga dikehendaki menjawab kuiz berkaitan topik yang telah dipelajari.