| Tarikh | : 24 Julai 2018 |
| Masa | : 02.00 petang – 04.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Batu Talam |
| Pengunjung | : 5 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah. Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa melayari internet serta ancaman-ancaman keselamatan kepada pengguna internet.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan tentang risiko-risiko keselamatan yang boleh dihadapi sebagai pengguna internet. Mereka juga diberi pendedahan tentang langkah keselamatan yang perlu diambil untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa dan juga ketika berhadapan ancaman keselamatan di internet. Pelajar juga dijelaskan tentang jenis-jenis ancaman keselamatan di internet dan langkah yang perlu diambil jika berhadapan dengan masalah ini.