| Tarikh | : 02 November 2018 |
| Masa | : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari |
| Lokasi | : PI Batu Talam |
| Pengunjung | : 8 orang |
Tujuan
Kelas yang dihadiri oleh 8 orang pelajar Tabika KEMAS Batu Malim ini bertujuan memperkenalkan kanak-kanak tabika dengan penggunaan PC dan mengenali perkakasan komputer.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan penerangan dan pengenalan kepada PC dan perkakasan komputer. Pelajar kemudian diperkenalkan dengan perkakasan keyboard/papan kekunci dan mengenali huruf-huruf yang terdapat pada papan kekunci. Seterusnya pelajar diperkenalkan dengan aplikasi Microsoft Word dan diberikan tugasan menaip petikan cerita kanak-kanak pada Microsoft Word.