| Tarikh | : 26 Disember 2018 |
| Masa | : 8.30 pagi – 1.30 tengah hari |
| Lokasi | : PI Batu Talam |
| Pengunjung | : 32 orang |
Tujuan
Pemeriksaan kesihatan dan pergigian dengan kerjasama Klinik Kesihatan Cheroh dan Klinik Pergigian Raub.
Aktiviti
Pemeriksaan kesihatan ini berjalan sepanjang program Jom Sihat bersama Pusat Internet ini berlangsung. Selain itu, terdapat juga sesi ceramah kesihatan serta demonstrasi memberus gigi dengan betul. Terdapat juga pemeriksaan gusi untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah. Pameran kesihatan juga boleh dikunjungi sepanjang program berjalan.