| Tarikh | : 19 Mei 2018 |
| Masa | : 10.00 pagi – 1.00 tengah hari |
| Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Batu Talam |
| Pengunjung | : 7 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 7 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan penerangan kepada pelajar berkaitan masalah, kesalahan dan tindakan yang wajar diambil sewaktu melayari internet.
Aktiviti
Para peserta diperkenalkan dengan masalah-masalah alam siber yang sering berlaku pada masa kini. Mereka juga dijelaskan tentang tindakan-tindakan yang disabitkan dengan kesalahan dan jenayah siber serta tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka jika sabit kesalahan. Selain itu, peserta juga diterangkan tentang tindakan-tindakan dan langkah keselamatan yang perlu diambil ketika sedang dan selepas melayari internet.