| Tarikh | : 14 April 2018 |
| Masa | : 7.30 pagi – 2.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Felda Tersang 3 |
| Pengunjung | : 4 orang |
Tujuan
Memperkenalkan kepada komuniti dan mengaplikasikan Dashboard Komuniti, latihan keusahawanan, teknik menangkap gambar produk, taklimat dan kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak, Sebenarnya.my, pameran serta aktiviti daripada agensi-agensi.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti zumba, latihan keusahawanan oleh seorang usahawan berjaya tempatan yang berkongsi rahsia kejayaan beliau, demo masakan oleh seorang chef setempat, pameran daripada agensi yang terlibat seperti Bomba & Penyelamat, Klinik Pergigian (pemeriksaan gigi percuma), Klinik Kesihatan (pemeriksaan kesihatan), Tekun, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PDRM & Perpustakaan Desa. Pertandingan mewarna bersama kanak-kanak Tabika serta keahlian percuma kepada pengunjung. Tidak dilupakan cabutan nombor bertuah dan teka berat buah tembikai.