GIAT MARA : Pengenalan kepada E-Marketing
| Tarikh | : 26 Oktober 2018 |
| Masa | : 11.30 pagi – 12.30 tengah hari |
| Lokasi | : Giat MARA Raub |
| Pengunjung | : 10 orang |
Tujuan
Kelas yang dihadiri oleh 10 orang penuntut Giat Mara Raub ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik-teknik pemasaran dan teknik pengiklanan.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan penerangan dan pengenalan kepada teknik-teknik pemasaran di Internet menggunakan platform media sosial seperti Facebook. Melalui tayangan slide, pelajar ditunjukkan contoh teknik pemasaran produk serta pengiklanan produk untuk menarik perhatian pelanggan. Pelajar juga diajar menggabungkan teknik pengambilan foto dan teknik pemasaran untuk menambahkan impak pada pengiklanan produk.