| Tarikh | : 26 Oktober 2018 |
| Masa | : 9.30 pagi – 10.00 pagi |
| Lokasi | : Giat MARA Raub |
| Pengunjung | : 10 orang |
Tujuan
Kelas yang dihadiri oleh 10 orang penuntut Giat Mara Raub ini bertujuan memberi penerangan dan pendedahan berkaitan kempen E-Waste dan Check Your Label.
Aktiviti
Para penuntut mula berkumpul seawal 9.00 pagi dan kelas bermula pada jam 9.30 pagi dengan pengenalan kepada kempen E-Waste. Pelajar diberi pendedahan tentang apa itu E-Waste/E-Sisa, kebaikan dan keburukan pembuangan sisa, kesan kepada alam sekitar dan kesihatan, tujuan kempen dan cara melaksanakan kempen. Seterusnya diikuti oleh pengenalan kepada kempen Check Your Label dimana pelajar didedahkan dengan tujuan kempen diadakan, kesan menggunakan produk tanpa pengesahan dan cara memeriksa label pada produk.