mcmc
Laporan Aktiviti

FOLIO & POWERPOINT PRESENTATION

 Tarikh :  23 Julai 2018 
 Masa :  02.00 petang – 06.00 petang
 Lokasi :  Pusat Internet 1Malaysia Batu Talam 
 Pengunjung  :  4 orang

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah. Kelas ini bertujuan membantu mereka mencari maklumat dan menyediakan sebuah folio serta persembahan Powerpoint berdasarkan tajuk folio tersebut.

Aktiviti

Para pelajar pada mulanya diberi tunjuk ajar cara mencari maklumat menggunakan kata kunci yang lebih tepat. Mereka juga diberi pendedahan bagaimana mengambil isi-isi penting yang diperlukan untuk dimasukkan ke dalam folio. Kemudian pelajar ditunjukkan contoh-contoh folio yang lengkap dan tepat serta bagaimana menyusun informasi dan gambar di dalam sesebuah folio. Seterusnya pelajar perlu menggunakan isi yang terdapat di dalam folio untuk dipersembahkan dalam bentuk persembahan Powerpoint yang ringkas tetapi padat.

Gambar di sini