.jpg
12 JANUARI 2017
10.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
Para pelajar dari PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) CHEROH diperkenalkan dengan aplikasi atas talian iaitu Youtube. Sesi pembelajaran melalui youtube ini bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Seramai 12 orang pelajar khas dari PDK Cheroh telah menyertai kelas ini bersama empat orang petugas PDK Cheroh yang bertindak sebagai guru pengiring. Sesi ini mengajar para pelajar PDK lagu-lagu abjad, objek dan tarian-tarian serta lagu-lagu terkenal kanak-kanak melalui laman Youtube. Para pelajar dikehendaki mengikut sebutan, gaya, bunyi dan tarian yang ditunjukkan di dalam video.