.jpg
30 JANUARI 2017
4.00 PETANG – 6.00 PETANG
Para pelajar diperkenalkan dengan aplikasi E-Banking atau perbankan atas talian seperti CIMB Clicks, Maybank2U dan Ambank Online. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang. Seramai empat orang pelajar telah menyertai kelas ini. Kelas ini memperkenalkan aplikasi e-banking di mana para pelajar diterangkan tentang kepentingan, kemudahan dan juga keselamatan menggunakan perbankan atas talian ini. Para pelajar ditunjukkan cara membuat pendaftaran dan membuka akaun E-Banking. Mereka juga dijelaskan tentang langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan aplikasi ini.