DYXY : Make Over & Pemasaran Produk
| Tarikh | : 31 Oktober 2018 |
| Masa | : 2.00 petang – 6.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Internet Batu Talam |
| Pengunjung | : 20 orang |
Tujuan
Kelas yang dihadiri oleh 20 orang peserta pelbagai peringkat umur ini diadakan dengan tujuan memperkenalkan produk DYXY disamping memberi tunjuk ajar teknik mekap dan make over serta peluang kepada sesiapa yang berminat membeli produk dan menjadi ejen jualan.
Aktiviti
Program dengan usahasama dari pihak team promosi DYXY ini bermula dengan sesi pengenalan syarikat dan produk kepada para peserta. Wakil dari DYXY memberi penerangan dan memperkenalkan produk-produk yang ada di bawah DYXY, kelebihan, tujuan dan cara penggunaannya. Seterusnya peserta diajar dengan cara mekap menggunakan produk DYXY mengikut aturan yang betul. Peserta juga diberi tips kecantikan dan penggunaan produk yang betul. Program diteruskan dengan sesi make over para peserta oleh pihak DYXY.