PENGENALAN KEPADA ICT & MEDIA BARU
| Nama | : PUTERI BALQIS NATASYA BINTI ABDULLAH SUHAIMI |
| Umur | : 10 tahun |
| Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Balqis merupakan seorang pelajar sekolah rendah tahun empat di SK Batu Talam dan merupakan ahli di Pusat Internet Batu Talam. Beliau sangat berminat untuk mempelajari hal berkaitan komputer dan internet dan kerap datang ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet. Beliau juga selalu menghadiri kelas-kelas ICT yang diadakan oleh petugas Pusat Internet serta menyertai pertandingan anjuran Pusat Internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum belajar mengenai ICT, Balqis selalu menonton video di Youtube sahaja. Dia tiada asas dan pengetahuan dalam penggunaan Microsoft Office, emel, media sosial dan apa-apa berkaitan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas di PI1M, Balqis kini boleh mengenali perkakasan komputer dan mahir mengendalikan komputer. Dia kini mampu menggunakan Microsoft Office untuk menyiapkan tugasan sekolah dan mahir melakukan pencarian data dan maklumat di internet malah boleh mencari maklumat yang betul menggunakan kata kunci yang berkaitan. Balqis juga kini mampu menggunakan media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram. Beliau sering mengikuti kelas-kelas teknikal seperti kelas fotografi, videografi, poster dan banyak lagi. Balqis selalu menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di Pusat Internet seperti pertandingan kraftangan, pertandingan video dan lain-lain.





