mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT : NORHIDAYATUL DAMIA BT NIK SAMSUDDIN

PENGENALAN KEPADA KOMPUTER, INTERNET & MICROSOFT OFFICE

Nama : NORHIDAYATUL DAMIA BT NIK SAMSUDDIN 
Umur : 8 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Damia merupakan seorang pelajar sekolah rendah darjah dua di SK Batu Talam dan merupakan anak salah seorang ahli di pusat internet ini. Beliau sangat berminat untuk mempelajari hal berkaitan komputer dan internet dan kerap datang ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet. Beliau juga selalu menghadiri kelas ICT yang diadakan oleh petugas Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum belajar mengenai ICT, Damia selalu menonton video di Youtube sahaja. Dia tiada asas dan pengetahuan dalam penggunaan Microsoft Office, emel, media sosial dan apa-apa berkaitan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas di PI1M, Damia kini boleh mengenali perkakasan komputer dan mahir mengendalikan komputer. Dia juga kini mampu menggunakan Microsoft Office untuk menyiapkan tugasan sekolah mahupun di dalam kelas ICT. Dia juga kini boleh melakukan pencarian data dan maklumat di internet malah boleh mencari maklumat yang betul menggunakan kata kunci yang berkaitan.selain itu, Damia juga kini mampu menggunakan media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram.