mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT : NOR ALIANA BATRISYA BT MAT AZAHA

PENGENALAN KEPADA ICT & MEDIA BARU

Nama : NOR  ALIANA BATRISYA BT MAT AZAHA 
Umur : 11 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Aliana merupakan seorang pelajar sekolah rendah darjah empat di SK Batu Talam dan merupakan cucu kepada Ketua Kampung Batu Talam. Beliau sangat berminat untuk mempelajari hal berkaitan komputer dan internet dan kerap datang ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet. Beliau juga selalu menghadiri kelas ICT yang diadakan oleh petugas Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum belajar mengenai ICT, Aliana selalu menonton video di Youtube sahaja. Dia tiada asas dan pengetahuan dalam penggunaan Microsoft Office, emel, media sosial dan apa-apa berkaitan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas di PI1M, Aliana kini boleh mengenali perkakasan komputer dan mahir mengendalikan komputer. Dia juga kini mampu menggunakan Microsoft Office untuk menyiapkan tugasan sekolah mahupun di dalam kelas ICT. Dia juga kini boleh melakukan pencarian data dan maklumat di internet malah boleh mencari maklumat yang betul menggunakan kata kunci yang berkaitan.selain itu, Aliana juga kini mampu menggunakan media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram.