MENGENALI KOMPUTER, YOUTUBE & PERMAINAN INTERAKTIF
| Nama | : MUHAMMAD RAYYAN HARITH BIN MOHAMAD SAFIE |
| Umur | : 4 tahun |
| Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Adik Rayyan merupakan seorang kanak-kanak yang bersifat ingin tahu dan pantas belajar. Seperti kanak-kanak lain, adik Rayyan biasa dengan gajet-gajet elektronik dan amat berminat dengan teknologi tersebut.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatannya di PI, Rayyan hanya biasa menonton video Youtube di telefon ibubapanya. Dia juga biasa bermain permainan di telefon pintar ibunya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan di PI, Rayyan kini mula belajar memahirkan diri menggunakan tetikus dan papan kekunci. Dia juga boleh mengenali huruf-huruf di papan kekunci. Selain itu, dia juga amat menggemari permainan interaktif SEBRAN, iaitu aplikasi permainan sambil belajar untuk kanak-kanak.











