PENGENALAN KEPADA KOMPUTER
| Nama | : MOHD HANAFI BIN MOHD ALI |
| Umur | : 38 tahun |
| Ahli | : 2015 |
Latar belakang
Hanafi merupakan salah seorang pelatih di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Cheroh yang sering mengadakan aktiviti dan berkunjung ke PI. Hanafi yang merupakan golongan OKU dalam kategori Down Syndrome merupakan seorang pemuda yang ceria dan aktif. Walaupun seorang OKU mental, tetapi beliau sangat meminati muzik dan gajet elektronik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum belajar mengenai ICT, Hanafi seperti rakan-rakan pelatih yang lain tidak mampu menggunakan komputer sama ada untuk menaip mahupun menggunakan tetikus.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas di PI, kini Hanafi beransur-ansur mampu menaip dan menggunakan tetikus. Malah beliau juga mampu mengikuti latihan yang diberi di dalam kelas. Hanafi juga kini boleh membuka dan menutup komputer sendiri.
Selain mengikuti aktiviti permainan pendidikan seperti puzzle & memadankan gambar di PI, pelatih PPDK juga diberi latihan ringkas menggunakan aplikasi Paint dan Word untuk membuat kad nama dan lain-lain. Hanafi merupakan antara pelajar yang sering dapat menyiapkan tugasan dengan baik.





