PENGENALAN KEPADA KOMPUTER
| Nama | : AHMAD FITRI BIN AB AZIZ |
| Umur | : 18 tahun |
| Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Fitri merupakan salah seorang pelatih di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Cheroh yang sering mengadakan aktiviti dan berkunjung ke PI. Fitri yang merupakan golongan OKU dalam kategori masalah pembelajaran merupakan seorang remaja yang ceria dan aktif. Walaupun mengalami masalah dalam pembelajaran tetapi beliau aktif bersukan dan amat berminat dengan komputer dan gadjet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum belajar mengenai ICT, Fitri seperti rakan-rakan pelatih yang lain tidak mampu menggunakan komputer sama ada untuk menaip mahupun menggunakan tetikus.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas di PI, kini Fitri beransur-ansur mampu menaip dan menggunakan tetikus. Malah beliau juga mampu mengikuti latihan yang diberi di dalam kelas. Fitri juga kini boleh membuka dan menutup komputer sendiri.
Selain mengikuti aktiviti permainan pendidikan seperti puzzle & memadankan gambar di PI, pelatih PPDK juga diberi latihan ringkas menggunakan aplikasi Paint dan Word untuk membuat kad nama dan lain-lain. Fitri merupakan antara pelajar yang sering dapat menyiapkan tugasan dengan baik.





