mcmc
Keusahawanan

BATU TALAM BAKERY

7

 

Perniagaan Batu Talam Bakery ini diusahakan oleh Pn. Siti Sanisan. Beliau bermula setelah tamat belajar dari Kolej Masterskill dalam bidang pastri pada 2015. Beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah dengan meniaga roti, pastri, biskut dan kerepek. Bermula Jun 2020, beliau menyewa kedai JKKK Batu Talam dan membuka kedai dengan nama Batu Talam Bakery di mana pelbagai roti, pastri, biskut raya dan kerepek ada dijual.

Selain itu, beliau juga menerima tempahan kek, pastri dan biskut raya daripada orang persendirian, sekolah, pejabat dan banyak lagi. Kedai bakeri ini dibuka dari jam 2 petang hingga 10 malam. Pada sebelah malam, beliau juga membuka gerai menjual keropok lekor di hadapan kedai bakeri miliknya.