22 OKTOBER 2017
10.00 PAGI – 1.00 TENGAH HARI
Kelas ini memperkenalkan asas Microsoft Word kepada pelajar. Seramai 11 orang pelajar telah menghadiri kelas ini. Pelajar diperkenalkan dengan ciri-ciri dan fungsi-fungsi yang ada pada Microsoft Word. Kemudian para pelajar diberi tugasan tertentu mengikut silibus yang diajar. Pada akhir kelas, satu pertandingan menaip terpantas diadakan di mana pelajar perlu menaip satu artikel khas yang disediakan dengan mengikut setiap format yang terdapat pada artikel tersebut. Pemenang menerima hadiah khas.
