mcmc
Laporan Aktiviti

ASAS KOMPUTER & ASAS INTERNET

 Tarikh :  10 Jun 2018 
 Masa :  03.00 petang – 05.00 petang
 Lokasi :  Pusat Internet 1Malaysia Batu Talam 
 Pengunjung  :  10 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Kelas ini bertujuan mendedahkan tentang asas komputer (perkakasan dan perisian) kepada para pelajar. Kelas ini juga membincangkan topik asas penggunaan internet, kelebihan dan keburukannya serta ciri-ciri yang selamat dalam penggunaan internet. Kelas ini juga mendedahkan tentang ancaman di internet pada masa kini.

Aktiviti

Para pelajar diperkenalkan dengan pengenalan kepada asas sistem komputer, perisian komputer dan perkakasan komputer, sejarah dan perkembangan komputer dari dahulu hingga kini. Kemudian, pelajar diperkenalkan pula dengan asas Internet, kelebihan dan keburukannya jika disalahguna, penggunaan Internet yang selamat, kesalahan-kesalahan jenayah yang boleh disabitkan dengan penyalahgunaan Internet serta ancaman-ancaman yang kini berleluasa di Internet. Kelas diakhiri dengan tayangan video berkaitan modul kelas pada hari ini.

Gambar di sini